Assalamualaikum semua, bagi post yang ketiga untuk blog Bahasa dalam Multimedia ini saya ingin kongsikan salah satu teknik menangkap gambar.
Cuba lihat gambar di bawah ini. Kedudukan bentuk 'love' itu terletak di sebelah kiri gambar dan meninggalkan ruang kosong di sebelah kanannya. Mungkin sesetengah orang akan berfikir kenapa bentuk tersebut tidak berada di tengah-tengah gambar itu? Tujuan sebenar gambar ini diambil dengan cara begini untuk membolehkan ruang kosong itu diisi dengan kata-kata hikmah, puisi, kata-kata semangat dan sebagainya untuk dijadikan 'wallpaper', poster, kalendar dan lain-lain.
Saya sertakan contoh seperti gambar di bawah ini hasilnya apabila diletakkan sedikit kata-kata menarik yang boleh dijadikan ingatan ataupun panduan untuk rakan-rakan.
Mungkin ada rakan-rakan yang tertanya-tanya apakah objek yang berbentuk hati itu? Untuk lebih jelas sila lihat gambar di bawah ini :
Itulah objeknya. Saya mengambil gambar ini ketika hari raya dan sedang makan kuih raya kemudiannya mencabut hiasan di atas kuih raya itu dan letakkannya di atas seluar 'jeans' untuk dijadikan latar belakang dan gambar ini diambil secara dekat ataupun 'close up'.
Hasilnya adalah seperti gambar di atas tadi.
sekian...
sekian...