Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Pertama sekali terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Post yang pertama dalam blog ini Hamzi nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan fotografi berkenaan dengan 'cropping'.
Gambar yang kita ambil melalui kamera jika dilihat secara kasar kadang-kadang nampak kurang menarik atas beberapa faktor, antaranya ialah faktor komposisi. Komposisi yang tepat pula memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang ini. Bagi rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi ini mungkin akan mendapat komposisi yang tepat melalui pengalaman. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini? Caranya mudah sahaja, kita boleh 'crop' sahaja gambar itu mengikut kesesuaian. Gambar yang sudah diedit itu tadi akan kelihatan lebih menarik dan mantap berbanding gambar asalnya. Anda semua boleh melihat contoh seperti di bawah ini.
sebelum 'crop'
selepas 'crop'
Setelah anda melihat perbezaan kedua-dua gambar di atas ini, anda akan dapat menilai sendiri gambar tersebut. Sekian sahaja untuk post kali ini, SELAMAT MENCUBA !
No comments:
Post a Comment