Ini merupakan logo yang dicipta oleh saya sendiri bagi melambangkan kumpulan kami. Bidang multimedia ini sememangnya sinonim dengan imej-imej ataupun "trademark" yang seharusnya ditonjolkan bagi menarik minat dan meyakinkan para penonton. Jika ingin melakukan perniagaan dalam apa-apa bidang sekalipun, logo sesebuah syarikat akan dilihat terlebih dahulu oleh pelanggan dan logo ini akan melambangkan imej yang bersesuaian dengan konsep ataupun jenis perniagaan tersebut.
Memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang diberikan dan berkait rapat dengan bidang multimedia, ahli kumpulan kami memilih "DIGITAL GRAPHIQUE" sebagai nama yang akan digunakan sepanjang kursus BBM 3410 ini.
Logo ini berkonsepkan reka bentuk tulisan yang futuristik dan juga ringkas tetapi menarik bagi memudahkan penggunaannya di mana-mana sahaja terutamanya pada tugasan kami. Warna yang digunakan juga warna yang terang serta bersesuaian dengan jiwa muda yang ada pada setiap ahli kumpulan kami.
No comments:
Post a Comment